Monday, April 5, 2010

Lirik lagu?

boleh dikatakan, tak pernah aku post lirik lagu :D tapi, kali ini, sekadar mencuba suatu teori baru untuk menyerikan ( tak de seri mana ) post blog aku akibat ketiadaan aktiviti menarik :)


aku kan menjadi malam-malam mu
kan menjadi mimpi-mimpi mu
dan selimuti hati mu , yang beku
aku kan menjadi bintang-bintang mu
kan selalu menyinarimu
dan menghapus rasa rindu mu, yang pilu

aku bisa untuk menjadi apa yang kau minta
untuk menjadi apa yang kau impikan
tapi ku tak bisa menjadi dirinya

aku kan menjadi embun pagi mu
yang menyejukan jiwamu
dan membasuh jiwamu, yang layu
tinggalkan sejenak lalumu
beri sedikit waktu
kepada ku, tuk meyakinkan mu

END



Saturday, March 13, 2010

Merapatkan Ukhwah :D

Sepanjang hari ni, merupakan hari yang agak meletihkan.. Apa yang berlaku? meramaikan pertandingan pertama futsal anjuran IKRAR. walaupun aku tak main ( tgk saje :p ) namun kepenatan dan kesesakan terasa akibat manusia yang bersepah2 disana. Tempatnya di Sportplanet berdekatan sunway ( tak pasti pun lokasi tu :D ) Rasa macam tahun lepas aku ada berkeliaran disana, cuma event yang berbeza. Tahun ni, event yang hampir serupa, diperbaharui dengan nama baru.. IKRAR :D berikut merupakan gambar2 yang berkenaan dengan event hari ni.

Iklan IKRAR :D ( sapa nak join IKRAR di area shah alam, boleh hubungi saya :D )

gambar kekanda Peot bersama rakan-rakan :D

pose tak senonoh Awe & Radi :D

Balik dari futsal tu, belum tamat lagi aktiviti harian hari ni. Even balik agak cepat sebab team futsal yang dihantar gagal untuk meneruskan perlawanan akibat kekurangan mata ( datang lambat, miss match, bengong :D ) , namun aktiviti merapatkan ukhwah, silaturrahim masih belum tamat. Aku dan Awe ke Bukit Beruntung, berhampiran Rawang untuk melawat saudara Ramdan, seseorang yang aku kenal melalui myspace :D ada gambar juga :D

aku dan beliau..

Awe & Ramdan..

apapun, pengajaran dari lawatan-lawatan ini, ukhwah antara kita haruslah dirapatkan. Yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita rapatkan. Thanks bro, semoga PUTIH merapatkan antara yang MERAH dengan yang HIJAU :)

Tuesday, February 2, 2010

Kursus..

pada 1 & 2 haribulan, aku telah di sumbatkan untuk menyertai kursus kontraktor, untuk renew sijil PKK tinggalan arwah ayah ku. Agak membosankan kerana ia menceritakan kesah bagaimana untuk mendirikan tembok dan bangunan, cuma, memandangkan ia sesuatu yang menjadi keperluan dalam renew sijil, aku pun pergi je la. Berikut adalah gambar-gambar yang ditangkap ( walaupun dilarang menggunakan kamera, tapi aku guna handphone.. :D )

Kawasan tengah bangunan ini..

suasana dalam kelas..

pintu masuk..

tempat ni, sebenarnya pernah ku lawati masa time form 3 kalo tak silap. Masa tu tempat ni tengah dalam proses nak hias2 lagi. So, bila datang kt tempat ni balik, rasa macam ada kenangan la, hahaha :D