Lately ini, tiada kelihatan aku mengupdate blog. Ini adalah akibat aku tiada payment. Tiada payment bermakna tiada gaji dan aku tak boleh keluar melakukan aktiviti2 atau ke tempat2 yang boleh ku mengUSHA gadis2 :p Sepanjang aku duduk di rumah sahaja dan merempat 24/7, aku telah memulakan tabiat lama. Ragnarok Online :D Tapi kali ini di server private yang bernama blackout RO. Demi membuang masa yang ada, terpaksalah aku main game RO, game yang pernah aku main dulu masa form 4-5. Bila difikirkan semula, apalah nasib ku terpaksa buat sesuatu yang dah pernah aku tinggalkan dulu :D loser siot aku ni. haha, tapi apa kan daya, at least ada gak game nak main dari tiada apa langsung. aku kalau masa ketiadaan wang yang stabil, aku malas nak keluar, melepak dengan rakan2. Sebab setiap lepakan memerlukan wang untuk minum :p
Wednesday, December 24, 2008
Wednesday, December 3, 2008
Majlis Persandingan Fakhirin dan Arina
Pada Ahad yang lepas, aku, liza dan kawan2 telah menghadiri Majlis Persandingan kawan aku , saudara Fakhirin atau lebih dikenali sebagai Elin di rumah keluarga isterinya di Jenjarom. Pada mulanya aku sepatutnya pergi seorang diri bersama kawan2 sahaja, namun pada saat2 akhir liza berjaya menghadirkan diri dan bolehlah ikut serta sekali. So, aku keluar rumah, gi cheras ambil liza then terus ke rumah Elin. Namun aku dah kena tinggal dengan rombongan :D Nasib baik En. Syed ada berhampiran lalu kami pun pergi lah beramai2 bersama seorang lagi kenalan. Perjalanan yang hanya mengambil masa lebih kurang 20 minit telah kami lalui tanpa sebarang dugaan besar kecuali dugaan2 kecil seperti kelewatan rakan2 yang agak kemonyetan dalam menepati janji. Berikut ku sertakan gambar-gambar yang aku tangkap menggunakan handphone nokia 5700 ku.
Dari kiri : Saudara Toy, Abg Murad, Saudara Azry
dan Saudara Wan (duduk)
Aku dan liza .
Aku, Fakhirin dan Azry.
dan Saudara Wan (duduk)
Aku dan liza .
Aku, Fakhirin dan Azry.Untuk melihat gambar-gambar yang lebih, telah ku uploadkan di myspace. tq.
Friday, November 21, 2008
Arnab Mengganas.
Sebenarnya perihal ini dah lama berlaku, cuma kali ini saja nak buat gempak, tulis la dalam blog. Arnab aku yang jantan tu dulu agak friendly terutama dengan aku. Kalau aku hulur tangan, sure dia jilat2 then kalau dukung dia, dia pun biasa je la. Tapi dua tiga menjak ni, kalau sesape dukung dia je, sure kena gigit. Rasanya campur kali ini, dah 4 kali dia gigit aku + sekali dia gigit baju aku dan 2-3 kali gigit si Liza. Aku pernah lah baca kat buku dulu, dia kata arnab ni dia akan gigit kalau rasa terancam, tapi bila x dukung dia, dia x de lak nak gigit2 ni. Bila dukung je, kerja dia akan mencari sesuatu untuk digigit. Gigit bukan perlahan tapi akan lebam dan berparut.
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

