Friday, March 13, 2009

Motokar ku dilanggar platipus.

Malang memang tiada baunya, berhati2 memandu dijalanraya tidak menjamin anda tidak terlibat didalam kemalangan :D Aku & liza baru balik dari tengok wayang cerita Street Fighter, dalam menuju ke arah bulatan Melawati, kete ku dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta proton iswara. Masa kejadian, aku tengah berenti untuk melihat turn masuk ke bulatan Melawati. Baru aku nak tekan pedal minyak untuk jalan, terasa lah bagaikan sesuatu telah merempuh kete ku. Sedih tak bape nak hingga, aku pun turun dari kete, tengok kete, dan call kawan aku , BRO Daus Giler :D . sementara nunggu dia datang , orang dari bengkel pun dah bersepah2 sampai, insan yang langgar kete aku tu pun nunggu mak dia n pakcik dia dtg. AHH, rosak mood la aku nak cite pepanjang. Berikut adalah gambar kete aku yg comel dilanggar :)

Tah hape malang nasib aku lately ni...

Tido lah kete aku dalam bengkel tah bape tahun. Nak tunggu claim insurans orang yg langgar aku tu lagi... hmm, ku dengar paling awal boleh siap pun 1 bulan. berehat lah anda disana ya duhai kete ku...

p/s: aku yg tak tahan kena bebel dengan mak aku pasal kete tak cukup kat umah...

Wednesday, February 25, 2009

Punisher - Tenuk Wars :D

Setelah sekian masa tidak berkunjung ke pawagam , ni la movie yang menarik hati ku lalu mendorong nafsu ku untuk membeli tiket. Nak cakap apa pun tak boleh sebab aku bukan tukang komen movie, tambahan lagi movie ni dah agak lambat kita kat Malaysia ni dapat tengok.

lihatlah pada tarikhnya, Feb 24 baru ku dapat tengok cerita ni,
berbanding tarikh release movie ni kat oversea :D

Dec 5 tuh :D

Apapun cerita ni memang agak menarik dari segi aksi, but jalan ceritanya macam agak bosan bagi aku :D but part tembak menembak dalam hotel buruk tu memang suatu yang cool dan harus dicontohi para gangster, mafia & kongsi gelap tempatan.

Tuesday, February 17, 2009

Myspace Profile 2.0

Lama aku tak menulis dalam blog ni. Ni post pertama dalam blog aku utk bulan februari ni. Walaupun aku telah sedia maklum takde sapa nak dok baca blog aku ni, namun aku gagahi jua untuk memikirkan sesuatu supaya blog ni ada la update gak sesekala :p Ni aku nak bagitau yang aku dah tukar layout Myspace aku dari Profile jenis 1.0 ke 2.0. Best tentang 2.0 ni dia boleh di tarik2, dan rupa layout yang disediakan oleh pihak Myspace sendiri lagi cool :D Aku pun jenis senang terpengaruh, lalu aku tukarkan mereka untuk selama-lamanya. Dibawah aku sertakan perbezaan page aku sebelum dan selepas perubahan yang dilakukan oleh aku.

Rupa lama page Myspace aku.

Rupa baru page Myspace aku.

dan disini ingin juga aku memohon kepada sesiapa yang membaca blog aku ni ( or passing by je ) supaya mengADD aku di alamat INI