Thursday, April 29, 2010

Saya Sayang Kawan Saya

Post kali ni terasa agak gay sedikit, tapi sebenarnya ia berkisahkan sebuah lagu dan lirik lagunya. wahahahaha :D ( post dari manusia yang ada masalah mental memang gini )

I love you
You love me
We're a happy family
With a great big hug and
A kiss from me to you
Won't you say you love me too?

I love you
You love me
We're best friends
Like friends should be
With a great big hug
And a kiss from me to you
Won't you say you love me too?

Wednesday, April 28, 2010

Perasaan ku

Semenjak dua ni, aku selalu merasakan kepelikan, kecelaruan dalam hidup dan perasaan aku. Barangkali akibat senarai permasalahan yang masih belum diselesaikan, ada yang ditangguh, ada yang entah ke mana masalah tu pergi tanpa disedari. Soal kerjaya yang masih belum ditentukan, even sekarang ini membantu perniagaan kecil yang diuruskan oleh mak ku. Banyak keinginan dan impian, namun belum dipertemukan dengan jalannya. Nak taip blog pun kurang pasti bagaimana akibat kecelaruan yang melanda diri.

Mungkin Akram antara rakyat dunia yang mengalami masalah tekanan mental dan perasaan, cuma belum layak dapat sijil gila, tak de cucuk beras, pecah barang lagi. Tapi kalanya cepat je marah n touching :D ( sah lah, ada masalah jiwa )

p/s : saya rindu kamu.. cepat-cepat lah ke sini..

p/s 2 : bantuan diperlukan bagi yang ada cadangan disertakan dengan jalan - nak disuapkan bulat2. otak terlalu serabut.

Monday, April 19, 2010

Suatu hari di hari ahad

Ahad kali ni agak terlebih 'best'. kenapa? Jawab exam dengan penuh semangat, perasaan bongkak dan keinginan untuk dapat A tu ada. Namun? apa yang jadi? rupanya tinggal angan-angan bodoh saja. Akibat ingin habis cepat dan keluar cepat ( tabiat utama sejak dulu ) , aku telah burnkan 10 Markah dalam soalan 4(c). kenapa 10? asalnya ada 3 sub-soalan. 2,2 dan 6 markah. Apa jadi lagi? salah sub-soalan yang 1, mendorong kepada jawapan yang salah untuk sub-soalan 2 dan 3. TAHNIAH akram, TAHNIAH. akibat kebodohan dan kealpaan anda, 60 markah penuh itu telah dibunuh menjadi 50. Berusahalah untuk 'hidup' dengan kadar 50. itu belum tentu jawapan untuk soalan no 1 ( 2 soalan esei, 1 soalan pengiraan ) berjaya untuk dijawap dengan sukses..

Apa lagi berlaku pada hari ini? kereta ku tak boleh dihidupkan dengan normal, nasib baik ada sikit nasib yang agak baik, akhirnya kereta ku ( saga buruk, sila lihat post-post lepas :D ) membiarkan dirinya dihidupkan dengan normal. lantas aku pecut pulang ke rumah secepat yang mungkin tanpa menggunakan perkhidmatan penghawa dingin. Namun hujan mencemburui aku, lalu terpaksa lah aku menggunakannya sedikit :D - sampai rumah dengan agak cemerlang, tengok lah esok - macam mana, bagaimana, apa jadi, lantaran itu, apakah.. ( guna ayat liza :D )

Apa lagi?? bertekak dengan mak soal pembayaran kereta beliau. Ala.. macam lah besok tu lama lagi.. :D

( nota : catatan ini ditulis pada PAGI BUTA isnin - consider ahad di mata akram )