Friday, October 10, 2008

Rambut Baru ku

Aku potong rambut. Selalu kalau aku nak potong rambut, aku potong kat kedai sebelah opis aku je. Saloon + mak andam + jual produk2. Dijadikan cerita, aku tak tau nak potong fesyen ape , ambil la design yang paling senang, abang botak :p

aku bersama rambut baru ku :D

Monday, October 6, 2008

Beraya di rumah Arin. ( ahad 5/10/08 )

Sabtu malam, aku dapat sms dari kawan ku, Arin yang duduk kat area teluk panglima garang, Kuala Langat. So pada ahad, lepas amik liza dari rumahnya, aku pun menuju ke rumah Arin. Macam biasa, sure aku ada gambar2 ketika dilokasi walaupun sikit. :p


Aku dengan liza.


rakan-rakan yang hadir bersama.


bergembira bersama rakan-rakan.


Arin ( tuan rumah ) dan Daus.

Dalam pukul 7.30, aku pun bertolak pulang ke rumah dan ber lalalala. :D

Gambar Semasa Beraya.

Pagi raya tahun ni tak de la besh sangat disebabkan kena kerja. Kena hantar pekerja dekat Majlis Sambutan Aidilfitri anjuran Menteri Besar dekat kawasan bangunan SUK. Berikut adalah gambar2 hari raya pertama.


gambar di rumah.


muka ketika di bangunan SUK.

Raya kedua pula, aku pergi ke rumah arwah atuk nenek di Muar, Johor. Ramai pakcik makcik aku yang berkumpul sejak hari sebelum raya lagi. Aku sebenarnya memang la agak malas pulang ke kampung disebabkan sepupu2 yang kian membesar dan bertambah.


muka sepupuku yang minat pada cincin ku.


muka aku dengan mak aku.


jumlah duit raya yang tak seberapa.

tahun ni, duit raya yang berjaya di collect daripada saudara mara hanya rm 19. Kadar duit raya yang aku bagi kat sepupu ( yg lagi muda dr aku ) dan anak-anak sepupu aku adalah rm 6. So pada siapa yang dapat terlebih tu boleh lah pulangkan balik kat aku. :p