Sunday, October 12, 2008

Beraya di rumah Saufi.

Hari ni, aku mempunyai banyak sangat aktiviti namun ku cekalkan hati ku untuk melakukan semua sekali :p . Asalnya, cuma perlu hantar pekerja ke Stadium Melawati Shah Alam ( Majlis Hari Raya anjuran Parti Islam SeMalaysia ), tapi sabtu malam tu dapat jemputan gi rumah Saufi untuk berhari raya. Rumah Saufi ni terletak di kawasan pekan Teluk Panglima Garang. Aku memang ada ramai kawan kat kawasan ini disebabkan penghijrahan manusia ke ibu kota untuk mencari rezeki :-p . Jadi, sebaik saja aku hantar pekerja ke Stadium, aku pun segera bergegas ke rumah Saufi. Setibanya di sana, ramai kawan2 ku telah berada di sana.

John, Daus & tuan rumah, Saufi.

Aku bersama Arin.

suasana di dalam rumah.

Selepas makan-makan di rumah beliau, aku pun bergegas ke stadium kembali untuk amik pekerja2 dan hantar mereka pulang.

No comments: