Sunday, November 2, 2008

nyum nyum

Tadi, aku dan liza gi Berjaya Times Square untuk berjalan-jalan. Sambil jalan-jalan tu, teringat lak pulak kat satu kedai. Sweet Chat nama kedai tu. First time aku makan kat kedai tu dekat cawangan dorang kat Mid Valley. Kedai ni ada jual macam-macam makanan , air dan desert yang menarik selera ku :p . Yang aku nak cerita ni pasal desert dia ( ni je yang ku mampu ) , Durian Cendol dengan Durian Pancake :D kenapa durian? sebab memang banyak desert bertemakan durian.

Muka semasa menunggu makanan sampai.

Durian Pancake & Durian Cendol, Yummy!!!

Pandangan yang berbeza.

Lepas makan, kami siap bungkus lagi Durian Pancake tu untuk keluarga masing-masing, lalalala. Memang tak dapat menahan godaan makanan yang menarik sebegini ;p

No comments: