Tuesday, September 30, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Hari ni, genaplah sebulan umat islam menunaikan ibadah puasa di bulan ramadan. Besok, 1 syawal, tanda kemenangan bagi umat islam menahan lapar dahaga, melawan nafsu di bulan ramadan.


kad ucapan hariraya utk semua.


antara persediaan utk berhariraya.

Disini, ingin saya, Muhammad Akram Bin Omar mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri untuk insan2 yang mengenali diri ini dan seluruh umat islam.

Monday, September 29, 2008

Makan Di Penghujung Ramadan

Semalam, aku bukak puasa kat luar sempena hujung ramadhan dengan liza. Memula ingat nak lepak kat KLCC then ajak sekali 1-2 kawan aku, tapi bila sampai time dorang tak dapat nak datang. So aku pun terpkir la nak makan ayam ( kuak-kuak :D ). Pegi la kat Kenny Roger Time Square. Bayangkan la, masa wat keputusan tu, dah pukul 6. Nasib baik ada kawan liza manager kat sana, so boleh la tolong reserve table :D. Pergi Time Square, terus melulu ke Kenny Roger, order makanan, then mengumpat2 sambil tunggu waktu nak berbuka.


Masa tunggu makanan sampai.


Nyum2 ( ayam half tu, lapo :D )


ohh, sudah tamat :p

Dah kenyang makan, aku pun gi tengok movie, citer Dont Mess With The Zohan. Ramai orang kata cite ni best, walaupun cite ni dah lama, aku pun pegi la tengok. Ok la cite ni, not bad cuma ada kisah pasal Israel-Palestine ( dan dah dilawakkan ). Sapa yang berminat nak tengok cite ni, baik cepat kalo tak kena tunggu DVD la, sebab cite ni pun dah lama kat wayang, nanti dah tak sempat :p

Anyway, thanks kat kawan liza tu, lina sebab tolong reserve table untuk kami, kalo tak tah2 tak dapat makan kat kenny roger lalu kebuluran :p

Sunday, September 28, 2008

Ikhlas Maxis - Memori kad 1 gb


set IKHLAS MAXIS .

Pagi tadi , masa aku teman mak aku beli barangan kat tesco , ada la sorang mamat jual produk terbaru maxis sempena bulan ramadan . Set kad SD ( Ikhlas Maxis namanya ) ni dalam dia ada mcm2 benda la yang berkaitan ngan ramadan , syawal n apepe la :D . So, lepas mendapat penjelasan dari mamat tu , aku pun pkir untuk belikan mak aku satu set coz hp mak aku pakai memori kad 512mb je . Harga kad SD tu pun hanya rm15 , bagi aku ok la dari aku beli memori kad kat luar yg 1gb pun dah lebih dari rm15 . Tapi sedengar aku tadi lah, applikasi dalam kad SD tu hanya boleh masuk kat handphone nokia & motorola je . Kat sini aku pun nak kata promote pun takde la , tp untuk sesape yang masih pakai memori kad 512mb, boleh lah dapatkan kad SD yg murah kat sini :D ( untuk tempoh terhad je ) .

Thursday, September 25, 2008

Perihal Peliharaan ku

Kali ni aku nak bercerita tentang haiwan-haiwan peliharaan aku . Aku kat umah ada bela dua ekor arnab baka tempatan ( agaknya kot , sebab itu yang diberitahu masa beli ) . Sekor agaknya jantan dan sekor lagi agaknya betina ( jantina diragui :p ) . So , masa aku beli dorang memula dulu , dua-dua sama saiz dan agak kecil rupanya , namun setelah beberapa bulan ku bela , dua-dua menunjukkan perubahan saiz yang ketara . Sekor tu dah muka macam singa ( coz bulu dia da lebat,kembang n aku tak alter ) dan yang sekor lagi tu bak kata adik aku , macam bola bowling ( dia suka membulatkan badan dia , dan punyai bontot yang bulat :p ) . Dua2 ekor ni aku asingkan dalam sangkar yang berbeza ( atas sebab bising mase mengawan :p )


Yang kununnya jantan :p


Yang kununnya betina :p


kepada sesiapa yang berminat untuk melihat-lihat mereka , bolehlah datang kerumah saya :p

Baharu Tapi Lama

Selamat datang ke blog saya. Ini merupakan account kedua saya selepas hampir 3 tahun tidak menulis blog. Walaupun saya bukan penulis blog profesional dan blog ini hanya mengisahkan perihal peribadi saya, namun saya berharap akan ada insan yang sudi membaca dan mendapat manafaat darinya

sekian , terima kasih

FAT AKRAM :)