Tuesday, January 3, 2012

meniti hari-hari terakhir..

ya! demi perubahan, memang kita terpaksa korbankan apa saja, termasuk kebahagiaan orang lain. itu lah mentaliti perjuangan yang telah menjadi satu kewajipan di masa sekarang. tiada lagi erti perikemanusiaan, yang penting perjuangan yang telah diperjuangkan terdiri dengan teguh. jadi, apakah yang diperjuangkan oleh para pejuang dengan cara perjuangan sedemikian?! benar, dalam perjuangan, kita perlulah sanggup berkorban apa saja, namun, jika kita korbankan kebahagiaan orang lain, orang awam, para peniaga, para pekerja biasa dalam perjuangan kita, apakah erti perjuangan itu? perjuangan itu bukan lagi menjadi perjuangan rakyat, namun hanya perjuangan untuk segelintir golongan yang merasakan diri mereka perjuang tanpa mengerti apakah yang mereka perjuangkan. bak kata pepatah melayu, menang jadi arang, kalah jadi abu..

apa kaitan dengan tajuk blog diatas?! kaitannya, kami, segelintir rakyat biasa telah menjadi mangsa terhadap kelakuan beberapa organisasi ( tidak menyebut jenis organisasi itu secara detail ). mungkin, kepada orang yang tidak mempunyai hubungkait dengan kami, tidak merasakan keperitan, kesedihan yang kami terpaksa tanggung demi menghalalkan perjuangan mereka. kami tidak benci pada perjuangan mereka, sedangkan kami juga berjuang dengan cara kami! kami tidak menghalang perjuangan anda kerana perjuangan kita jauh berbeza! jangan layan kami seperti segelintir kaum quraisy yang tidak menyokong islam kerana risaukan periuk nasi mereka, kami tidak sekali layak untuk dilabel, untuk disamakan dengan mereka ini. kami sudi dan sanggup berkongsi rezeki kami demi perjuangan!

ya, perubahan itu perlu, dan keperluan kepada perubahan, namun? apakah segala yang berubah itu baik pada hakikatnya? atau hanya memuaskan nafsu2 yang menyorok dan bertopengkan kebaikkan dan perjuangan anda semua? adakah anda juga tergolong dalam golongan yang hanya syok sendiri, bagaikan masuk bakul, anda angkat sendiri?! tanya lah diri anda, sesungguhnya jarum-jarum syaitan itu sangat halus tusukkannya.

namun, aku percaya kepada rezeki, kepada takdir iradatNYA. semua ini pun adalah pemberianNYA, rezekiNYA. aku cuma manusia biasa yang tiada hak pun keatas sesuatu diatas muka bumiNYA ini. sekadar coretan bodoh dengan laptop buruk.