Saturday, March 13, 2010

Merapatkan Ukhwah :D

Sepanjang hari ni, merupakan hari yang agak meletihkan.. Apa yang berlaku? meramaikan pertandingan pertama futsal anjuran IKRAR. walaupun aku tak main ( tgk saje :p ) namun kepenatan dan kesesakan terasa akibat manusia yang bersepah2 disana. Tempatnya di Sportplanet berdekatan sunway ( tak pasti pun lokasi tu :D ) Rasa macam tahun lepas aku ada berkeliaran disana, cuma event yang berbeza. Tahun ni, event yang hampir serupa, diperbaharui dengan nama baru.. IKRAR :D berikut merupakan gambar2 yang berkenaan dengan event hari ni.

Iklan IKRAR :D ( sapa nak join IKRAR di area shah alam, boleh hubungi saya :D )

gambar kekanda Peot bersama rakan-rakan :D

pose tak senonoh Awe & Radi :D

Balik dari futsal tu, belum tamat lagi aktiviti harian hari ni. Even balik agak cepat sebab team futsal yang dihantar gagal untuk meneruskan perlawanan akibat kekurangan mata ( datang lambat, miss match, bengong :D ) , namun aktiviti merapatkan ukhwah, silaturrahim masih belum tamat. Aku dan Awe ke Bukit Beruntung, berhampiran Rawang untuk melawat saudara Ramdan, seseorang yang aku kenal melalui myspace :D ada gambar juga :D

aku dan beliau..

Awe & Ramdan..

apapun, pengajaran dari lawatan-lawatan ini, ukhwah antara kita haruslah dirapatkan. Yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita rapatkan. Thanks bro, semoga PUTIH merapatkan antara yang MERAH dengan yang HIJAU :)