Wednesday, December 24, 2008

Kebosanan :p

Lately ini, tiada kelihatan aku mengupdate blog. Ini adalah akibat aku tiada payment. Tiada payment bermakna tiada gaji dan aku tak boleh keluar melakukan aktiviti2 atau ke tempat2 yang boleh ku mengUSHA gadis2 :p Sepanjang aku duduk di rumah sahaja dan merempat 24/7, aku telah memulakan tabiat lama. Ragnarok Online :D Tapi kali ini di server private yang bernama blackout RO. Demi membuang masa yang ada, terpaksalah aku main game RO, game yang pernah aku main dulu masa form 4-5. Bila difikirkan semula, apalah nasib ku terpaksa buat sesuatu yang dah pernah aku tinggalkan dulu :D loser siot aku ni. haha, tapi apa kan daya, at least ada gak game nak main dari tiada apa langsung. aku kalau masa ketiadaan wang yang stabil, aku malas nak keluar, melepak dengan rakan2. Sebab setiap lepakan memerlukan wang untuk minum :p

Wednesday, December 3, 2008

Majlis Persandingan Fakhirin dan Arina

Pada Ahad yang lepas, aku, liza dan kawan2 telah menghadiri Majlis Persandingan kawan aku , saudara Fakhirin atau lebih dikenali sebagai Elin di rumah keluarga isterinya di Jenjarom. Pada mulanya aku sepatutnya pergi seorang diri bersama kawan2 sahaja, namun pada saat2 akhir liza berjaya menghadirkan diri dan bolehlah ikut serta sekali. So, aku keluar rumah, gi cheras ambil liza then terus ke rumah Elin. Namun aku dah kena tinggal dengan rombongan :D Nasib baik En. Syed ada berhampiran lalu kami pun pergi lah beramai2 bersama seorang lagi kenalan. Perjalanan yang hanya mengambil masa lebih kurang 20 minit telah kami lalui tanpa sebarang dugaan besar kecuali dugaan2 kecil seperti kelewatan rakan2 yang agak kemonyetan dalam menepati janji. Berikut ku sertakan gambar-gambar yang aku tangkap menggunakan handphone nokia 5700 ku.

Fakhirin Segak berbaju Melayu.

Fakhirin dan isteri menjamu selera.

Rakan-rakan yang hadir...

Dari kiri : Saudara Toy, Abg Murad, Saudara Azry
dan Saudara Wan (duduk)

Aku dan liza .

Aku, Fakhirin dan Azry.

Untuk melihat gambar-gambar yang lebih, telah ku uploadkan di myspace. tq.