Tuesday, October 14, 2008

Handphone baru tapi lama?

Hari ini dalam sejarah, buat pertama kalinya, aku telah membeli handphone second hand dalam hidup aku :p .Perihal ini berlaku apabila handphone Nokia 1110 ( no. maxis ) telah terjatuh dalam gelas yang berisi air lalu tak dapat berfungsi dengan normal. So, dalam kul 8 malam, lepas makan malam di Mirasa' ( Restoran mamak di sek. 9 ), aku bertemankan Liza pergi ke Plaza Shah Alam dan menghala ke kedai2 handphone yang ada disana. Sampai sana je, aku pun mengusyar2 handphone baru dan lama. Tengok punyer tengok, aku pun memutuskan untuk beli Nokia 6600 ( sabun ) yang second hand. Kenapa 6600? sebab handphone ini pernah jadi idamanku suatu masa dahulu, tapi disebabkan masa tu trend pakai Nokia sabun ni dah tamat, so aku pun beli handphone lain masa tu. Tapi, disebabkan perlunya handphone, didorong dengan nafsu serakah ku pada 6600, aku pun tibai la handphone tu. Handphone + memori kad 1gb + charger = rm280.

Hasil kerakusan dan keperluan.

Sunday, October 12, 2008

Beraya di rumah Saufi.

Hari ni, aku mempunyai banyak sangat aktiviti namun ku cekalkan hati ku untuk melakukan semua sekali :p . Asalnya, cuma perlu hantar pekerja ke Stadium Melawati Shah Alam ( Majlis Hari Raya anjuran Parti Islam SeMalaysia ), tapi sabtu malam tu dapat jemputan gi rumah Saufi untuk berhari raya. Rumah Saufi ni terletak di kawasan pekan Teluk Panglima Garang. Aku memang ada ramai kawan kat kawasan ini disebabkan penghijrahan manusia ke ibu kota untuk mencari rezeki :-p . Jadi, sebaik saja aku hantar pekerja ke Stadium, aku pun segera bergegas ke rumah Saufi. Setibanya di sana, ramai kawan2 ku telah berada di sana.

John, Daus & tuan rumah, Saufi.

Aku bersama Arin.

suasana di dalam rumah.

Selepas makan-makan di rumah beliau, aku pun bergegas ke stadium kembali untuk amik pekerja2 dan hantar mereka pulang.

Friday, October 10, 2008

Rambut Baru ku

Aku potong rambut. Selalu kalau aku nak potong rambut, aku potong kat kedai sebelah opis aku je. Saloon + mak andam + jual produk2. Dijadikan cerita, aku tak tau nak potong fesyen ape , ambil la design yang paling senang, abang botak :p

aku bersama rambut baru ku :D

Monday, October 6, 2008

Beraya di rumah Arin. ( ahad 5/10/08 )

Sabtu malam, aku dapat sms dari kawan ku, Arin yang duduk kat area teluk panglima garang, Kuala Langat. So pada ahad, lepas amik liza dari rumahnya, aku pun menuju ke rumah Arin. Macam biasa, sure aku ada gambar2 ketika dilokasi walaupun sikit. :p


Aku dengan liza.


rakan-rakan yang hadir bersama.


bergembira bersama rakan-rakan.


Arin ( tuan rumah ) dan Daus.

Dalam pukul 7.30, aku pun bertolak pulang ke rumah dan ber lalalala. :D

Gambar Semasa Beraya.

Pagi raya tahun ni tak de la besh sangat disebabkan kena kerja. Kena hantar pekerja dekat Majlis Sambutan Aidilfitri anjuran Menteri Besar dekat kawasan bangunan SUK. Berikut adalah gambar2 hari raya pertama.


gambar di rumah.


muka ketika di bangunan SUK.

Raya kedua pula, aku pergi ke rumah arwah atuk nenek di Muar, Johor. Ramai pakcik makcik aku yang berkumpul sejak hari sebelum raya lagi. Aku sebenarnya memang la agak malas pulang ke kampung disebabkan sepupu2 yang kian membesar dan bertambah.


muka sepupuku yang minat pada cincin ku.


muka aku dengan mak aku.


jumlah duit raya yang tak seberapa.

tahun ni, duit raya yang berjaya di collect daripada saudara mara hanya rm 19. Kadar duit raya yang aku bagi kat sepupu ( yg lagi muda dr aku ) dan anak-anak sepupu aku adalah rm 6. So pada siapa yang dapat terlebih tu boleh lah pulangkan balik kat aku. :p