Friday, November 21, 2008

Arnab Mengganas.

Lengan ku yang digigit arnab jantan.

Sebenarnya perihal ini dah lama berlaku, cuma kali ini saja nak buat gempak, tulis la dalam blog. Arnab aku yang jantan tu dulu agak friendly terutama dengan aku. Kalau aku hulur tangan, sure dia jilat2 then kalau dukung dia, dia pun biasa je la. Tapi dua tiga menjak ni, kalau sesape dukung dia je, sure kena gigit. Rasanya campur kali ini, dah 4 kali dia gigit aku + sekali dia gigit baju aku dan 2-3 kali gigit si Liza. Aku pernah lah baca kat buku dulu, dia kata arnab ni dia akan gigit kalau rasa terancam, tapi bila x dukung dia, dia x de lak nak gigit2 ni. Bila dukung je, kerja dia akan mencari sesuatu untuk digigit. Gigit bukan perlahan tapi akan lebam dan berparut.

Gambar si jantan yang latest.

Yang betina tu pulak, dia tak gigit dan kalau dukung dia, dia akan duk dendiam je ( sebab berat :D ) Tapi, kalau lepaskan dia kat rumah, mesti berlari-lari nak sorok bawah kerusi and masa nak tangkap dia masuk sangkar lah yang paling seksa sebab dia nak duduk jugak bawah kerusi tu.

Muka arnab betina yang latest.

Wednesday, November 19, 2008

Mid Valley.

Petang tadi, aku gi Mid Valley dengan Mak + Liza. Asalnya ingat nak gi Jusco Bukit Tinggi, tapi disebabkan masa yang tidak sesuai ( time orang balik kerja + jalan kat Klang tgh renovate ) pergi je la Mid Valley. Aku tak berapa suka pergi Mid Valley untuk jalan-jalan sebab luas sangat. Selalu pergi pun tak abis pusing ditambah lagi dengan sikap mak aku yang hanya jalan kat kedai yang ada kepentingan beliau je :D Apepun, sampai sana je, mak aku terus ajak gi makan kat food court atas tuh. Bila kat shopping complex ni, aku akan blur nak makan apa. Semuanya mahal je ( bagi aku la ) Ada sekali tu aku makan nasi campur ngan liza kena sampai rm20.00++ Makan lauk2 yang biasanya baru kena rm10++ je kat kedai biasa. So, kena lah makan benda yang harga dia tetap macam mee kari :D Pas makan, pusing- pusing je la. Liza beli sepit rambut , mak beli teh dan makanan yang banyak ( mane x gemuk kami2 ni ) dan aku lak? beli keychain. Harga dalam rm40-50-/+ la. Tak best tol gi sana sebab barang mahal + xde saiz aku ( kalau pakaian r ) Bila lah agaknya badan nak kurus :D

Keychain yang berupa Ying Yang.

Friday, November 14, 2008

KALAU lah aku

Post ini adalah untuk menyatakan isi hatiku, tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau pun yang sudah terbang gi london :D

KALAU aku hebat, sure aku boleh terbang macam burung ( tanpa naik kapal terbang ).

KALAU aku terer, tak payah lah aku makan nasi + minum air.

KALAU aku dasyat, dah jadi AYAH PIN no. 2 , 3 ,30,36,360 dan seterusnya.

KALAU aku mampu, tanah malaya ini aku beli.

KALAU aku kuat, bas sekolah tu aku alih2 kan.

KALAU aku bagus, boleh jadi ahli politik yang terer lah aku.

KALAU aku pandai, aku nak cipta makanan yang termurah dan mudah kat dunia. xde orang kebuluran lagi.

KALAU aku berani, harimau, singa , naga , kala jengking, merak,burung hantu dan apepe haiwan lagi dah jadi peliharaan aku.

KALAU aku laju, aku nak lumba lari dengan kuda belang :D.

KALAU aku kacak, aku nak girlfriend 36 orang, bini at least 3 orang.

KALAU aku kaya, rm 1bilion masuk debit kad, rm 1 bilion buat beli kete,rumah dan harta2 duniawi.

namun, itu semuanya hanya berlaku KALAU ada peluang, jangan harapkan aku boleh buat perkara tu semua KALAU belum berpeluang lagi...aku hanya insan biasa!!!

Sunday, November 2, 2008

nyum nyum

Tadi, aku dan liza gi Berjaya Times Square untuk berjalan-jalan. Sambil jalan-jalan tu, teringat lak pulak kat satu kedai. Sweet Chat nama kedai tu. First time aku makan kat kedai tu dekat cawangan dorang kat Mid Valley. Kedai ni ada jual macam-macam makanan , air dan desert yang menarik selera ku :p . Yang aku nak cerita ni pasal desert dia ( ni je yang ku mampu ) , Durian Cendol dengan Durian Pancake :D kenapa durian? sebab memang banyak desert bertemakan durian.

Muka semasa menunggu makanan sampai.

Durian Pancake & Durian Cendol, Yummy!!!

Pandangan yang berbeza.

Lepas makan, kami siap bungkus lagi Durian Pancake tu untuk keluarga masing-masing, lalalala. Memang tak dapat menahan godaan makanan yang menarik sebegini ;p

Saturday, November 1, 2008

kebosanan melanda diri.

Dah masuk bulan baru, dan aku masih tidak mengupdatekan blog aku. Itu menunjukkan kehidupan aku tiada apa yang menarik dan cuma melalui hari-hari yang bagi aku biasa dan membosankan. Bagi aku, blog ada tempat untuk aku berkongsi pengalaman2 menarik dan bukan kehidupan seharian yang terlalu rutin. Bangun - kerja - tidur kembali. Apa yang dapat disimpulkan disini, aku bosan!!!