Tuesday, April 13, 2010

Duhai Wanita


Post kali ini aku tujukan pada semua wanita diluar sana. Post kali ini cuma suatu luahan hati setelah apa yang berlaku berdasarkan pemerhatian oleh aku dan tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang mati.

Selalunya, apabila bercerita tentang mempermainkan hati dan perasaan orang, manusia dengan begitu cepat akan menuding jari pada kaum lelaki. Selalunya juga, bila berkisah tentang sikap manusia dalam hubungan yang bersikap acuh tak acuh, tidak serius dan bersikap terburu-buru, kaum lelaki juga yang dipersalahkan. Namun, setelah sekian masa berlalu, telah wujud kaum lelaki yang berhati kaca, yang sensitif dan lembut ( lembut pada hati, bukan auw ye :D ) Mereka-mereka ini selalu menjadi mangsa wanita-wanita yang kononnya ingin membalas dendam, mahupun menyalahkan kaum lelaki yang bersikap kejam terhadap mereka. Kaum lelaki yang bersikap begini juga selalu menjadi mangsa-mangsa wanita yang mementingkan diri sendiri dalam suatu hubungan. Ada juga yang menjadi mangsa akibat keegoan kaum wanita yang kian meningkat masa kini.

Namun, yang menjadi persoalannya, sampai bila lelaki-lelaki yang berhati kaca begini hendak terus dipermainkan dan disakiti? Ibarat sesuatu yang tidak adil, apabila lelaki-lelaki yang ikhlas dipertemukan dengan wanita-wanita yang bersikap kejam, dan juga wanita-wanita yang sudi berkorban segalanya dengan lelaki-lelaki yang kejam. Oh Dunia.. apakah kehidupan berasaskan materialistik ini mengubah wanita menjadi begitu? salahkan siapa kalau bukan diri sendiri, menternak perasaan-perasaan benci.. ah sikap manusia, suka menghakimi sesuka hati.. Konsep asas kehidupan, jika kau ingin yang berbuat baik pada mu, maka buat lah yang sebaiknya pada orang. Jika kau ingin orang berkorban demi diri mu, maka belajarlah berkorban demi orang, dengan sebenar-benar pengorbanan. Jika kau merasakan diri telah banyak memberi, maka teruskan memberi walaupun tiada yang membalasnya dengan sesuatu pun. Mengadulah kepada TUHAN mu, Kerana di SANA kelak, di tanah yang abadi, ada suatu GANJARAN yang menanti untuk dirimu. Kepada yang terus menyakiti, berhati-hati lah, mungkin ketika kau memerlukannya, tiada siapa yang akan sudi memberikan walaupun sedikit sisa cinta pada mu :)

- sekadar suatu luahan hati, disuatu malam dibulan april 2010 :D

1 comment:

the r[e]ape[R] said...
This comment has been removed by the author.