Monday, April 19, 2010

Suatu hari di hari ahad

Ahad kali ni agak terlebih 'best'. kenapa? Jawab exam dengan penuh semangat, perasaan bongkak dan keinginan untuk dapat A tu ada. Namun? apa yang jadi? rupanya tinggal angan-angan bodoh saja. Akibat ingin habis cepat dan keluar cepat ( tabiat utama sejak dulu ) , aku telah burnkan 10 Markah dalam soalan 4(c). kenapa 10? asalnya ada 3 sub-soalan. 2,2 dan 6 markah. Apa jadi lagi? salah sub-soalan yang 1, mendorong kepada jawapan yang salah untuk sub-soalan 2 dan 3. TAHNIAH akram, TAHNIAH. akibat kebodohan dan kealpaan anda, 60 markah penuh itu telah dibunuh menjadi 50. Berusahalah untuk 'hidup' dengan kadar 50. itu belum tentu jawapan untuk soalan no 1 ( 2 soalan esei, 1 soalan pengiraan ) berjaya untuk dijawap dengan sukses..

Apa lagi berlaku pada hari ini? kereta ku tak boleh dihidupkan dengan normal, nasib baik ada sikit nasib yang agak baik, akhirnya kereta ku ( saga buruk, sila lihat post-post lepas :D ) membiarkan dirinya dihidupkan dengan normal. lantas aku pecut pulang ke rumah secepat yang mungkin tanpa menggunakan perkhidmatan penghawa dingin. Namun hujan mencemburui aku, lalu terpaksa lah aku menggunakannya sedikit :D - sampai rumah dengan agak cemerlang, tengok lah esok - macam mana, bagaimana, apa jadi, lantaran itu, apakah.. ( guna ayat liza :D )

Apa lagi?? bertekak dengan mak soal pembayaran kereta beliau. Ala.. macam lah besok tu lama lagi.. :D

( nota : catatan ini ditulis pada PAGI BUTA isnin - consider ahad di mata akram )

No comments: